Bayangkan dah berapa tahun rakyat SeMalaysia dah di gelapkan mata dengan sambutan hari Pahlawan dan Kemerdekaan tiap-tiap tahun dengan upacara menghormati wira-wira (kononnya) yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Hampeh. Cuba kita teliti satu per satu nama ini hanya kurang 5 orang yang bernama melayu/Islam. Itupun kalau nak dikatakan diorang nih rakyat sejati negara (atau mungkin askar upahan) British yang menjadi majoroti korban.
Yang susah nak difahami kita menuntut kemerdekaan dari British. Apa hal pulak rakyat British (majoroti nama) di pahat di sini yang kita anggap wira. Penin dan tak paham... Sapa boleh tolong explain dari setinggi pemimpin negara sehingga sambutan budak-budak sekolah dok mengagungkan orang-orang nih.
Sapa nak jawab nih.. Yang paling afdal untuk semua orang sekiranya dapat dibuat pendedahan seluas-luasnya fakta sejarah sebenar dan heret semua culprit/penderhaka (yang membohongi sejarah) negara kemuka pengadilan tak kira dia hidup lagi ke dah mati, buat plak yang sama dengan nama-nama diorang dan letak tempat-tempat awam untuk diludah atau dipijak sesuai dengan 'jasa' yang telah mereka berikan.
No comments:
Post a Comment