Followers

Tuesday, September 20, 2011

HANGAT!! KISAH TIGA PENGANTIN DIKERJAKAN..

Gambar Hiasan

Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Mas ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan slogan iklan yang ringkas, padat dan tepat."

Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."
Syukur, bahagialah si Siti.

Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera dicari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."

Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'

Bahagia juga si Murni dengan suaminya...

Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Mas. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.

Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.

Dah minggu ke tiga, barulah terima SMS dari Mas dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari slogan iklan syarikat penerbangan itu, Tak sabar nak tahu apa yang sudah terjadi pada anak bongsunya. Bila dibaca slogan iklan tersebut, Mak Minah dan Pak Mat terkelip-kelip tak tau nak cakap apa....

Mak Minah terus menangis. Tak tahu menangis suka atau sedih. Apa nasib Mas yang terpahat dalam slogan Air Asia?

Apa slogan iklan itu ...??


7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!"


GoRiNgGo wrote;

KAh..KAH...KAH...

KAH...KAH...KAH

PENDERHAKA DAN PENGKHIANAT NEGARA SEBENARNYA...PART 3


WIKILEAKS mendedahkan pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR tentang pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing untuk membolehkan BN menang pilihanraya negeri Sabah,pada 1990 an.

Taktik memenangi pilihanraya cara kotor ini diarahkan oleh Umno [Msiakini].

Pendedahan kali ini juga turut menyentuh tentang kes pemberian kerakyatan oleh kerajaan ke atas lebih 600,000 warga asing yang telah mengundi Barisan Nasional.

Sebelum ini wikileaks pernah mendedahkan hal pemberian kerakyatan kepada lebih 600 ribu warga asing sebagai balasan kerana mengundi BN pada 18 Ogos 2011, rujuk sini [Wikileaks]

Hasil dari perbuatan menjual negara ini, kini anda boleh lihat sendiri dengan mata kepala anda, bagaimana kes jenayah dan masaalah sosial yang begitu teruk berlaku di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, ramai wanita Islam rakyat Sabah yang diberi kerakyatan mudah kerana mengundi BN ini hidup susah, malah ada yang terpaksa bekerja di kedai yang menyediakan makanan tidak halal seperti babi [Sabah kini].

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bekas-pengerusi-spr-mengaku-keluar-60.html#ixzz1YXqdTDc2

BEST!! 4 SEBAB KENAPA PEROKOK SENANG DAPAT KAWAN

Tahukah Anda? Perokok merupakan antara golongan yang baik hati, mesra dan mudah mendapat kawan. Bagaimana? Apa bukti dan sebabnya?


1. Zon Larangan Merokok
Biasanya boleh dilihat di Kem PLKN ataupun asrama kolej. Nak pulak masa orientasi. Walaupun belum kenal sepenuhnya, kaki rokok harus bersatu hati untuk hilangkan sangap. Diorang akan cari satu port khas untuk curi-curi hisap rokok. Salah sorang akan ushar linesupaya tak kantoi. Bila kehabisan stok rokok, diorang akan cari jalan untuk seludup rokok bawa masuk ke kawasan larangan. Kalau ada spot check, masing-masing akan back-up. So, secara tak langsung akan merapatkan ukhuwah sesama mereka dengan sekelip mata.

2. Lighter dan Ashtray
Orang hisap rokok, dia pun nak isap rokok. Tapi lighter takdak. Dengan muka tak malu, terpaksa la pinjam brader meja sebelah. "Bang! Pinjam lighter". Mustahil brader tu cakap tak boleh. Mungkin juga sudah termaktub dalam undang-undang Persatuan Perokok Sedunia bahawa mereka tidak boleh kedekut lighter. Nak buang habuk rokok, ashtray ada satu ja. Terpaksa jugak berkongsi ashtray. Sambil-sambil tu, boleh la sembang merapu bila dah duduk semeja. Secara tak langsung dapat beramah mesra.

3. Kongsi Rokok
"Weyh.. Mintak rokok sebatang". Ayat yang biasa didengari bila member yang pokai tengah sangap rokok. Dengan baik hatinya, member yang tengah kaya sebab baru lepas cucuk duit kat mesin ATM tadi hulur sebatang kat dia. Kalau sama-sama pokai? Sanggup share duit beli rokok batang, lepas tu hisap bergilir-gilir. Tak kisahlah share partner kau tu tak gosok gigi setahun pun. Janji hilang sangap. Kan mesra dan romantik tu. Eurghhhh...

4. Pertubuhan
Rokok dan lighter juga boleh digunakan sebagai isyarat untuk mencari kawan dalam sesebuah pertubuhan. Pertubuhan apa? Yang tahu tu, tahu la kan. Kang kena pancung pulak aku.




Hahahaha.. Btoi dak? Ok, itu ja kot bukti yang aku dapat kemukakan berdasarkan pemerhatian aku. Aku bukan smoker, tapi kawan-kawan aku ramai yang hisap rokok. Jujurnya, aku pernah jugak 'merasa' hisap rokok dulu. Itupun 2, 3 batang sekadar nak lagak macho dan bajet gangster la konon. Tak sampai ketagih pun.

Sebenarnya, kawan yang mesra dan baik hati tidak akan mempengaruhi rakannya untuk menghisap rokok serta tidak menghisapnya di depan mereka. Sesungguhnya, hisap rokok itu busuk, membazir dan merosakkan  tubuh badan.

Tahukah anda, perokok tegar WAJIB pergi menunaikan Haji. Kenapa? Sifirnya mudah saja.. Jom kita belajar matematik sekejap.

Harga Rokok : RM10 (Sekotak) x Sehari
Jumlah Tahunan : RM10 x Setahun (365 hari) = RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka..  PEROKOK WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar. Katakan TAK NAK! Berhenti sebelum MATI! Sekian..



Source: http://www.solihinzubir.com/

Monday, September 19, 2011

BEST!! KISS KISS JE..TAKKAN TAK BOLEH!

Soalan : Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?

Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).



3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)



5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. 

Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). 

Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram. Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;- Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.- Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.- Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). 

Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.

BEST!! AIR MANI DAN AIR MAZI...MANA LEBIH NAJIS


Soalan : Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan? Tapi kenapa air mani dikatakan suci dan kalau terkena pakaian, solat masih sah. Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah. Boleh jelaskan?


Jawapan :

1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat. Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.


Source: http://www.solihinzubir.com/

BEST!! INTERESTING GRAFFITI










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here